Thursday 29 March 2018

Saat Magika Bersama TWB



Assalamualaikum Wbt.

Teringin nak berkongsi kisah kenapa saya sayang dengan The Walking Beauty Project a.k.a TWB ni.

Saya mula join TWB bulan 11 tahun 2016. Masa tu saya bekerja dengan sebuah chain pharmacy sebagai Senior Exec di JB. Masa tu pindah JB sebab ikut suami yang kena kerja kat sana.

Walaupun sebagai senior exec dan gaji dah cecah 4 angka sebulan masih tak cukup juga. Komitmen terlalu tinggi atas sebab-sebab tertentu. Dapat gaji je sehari kaya lepas tu kayap. Hahaha.

Dan lagi satu yang sangat merungsingkan bila my sweetheart dah mula bersekolah. Bila kat tadika dulu tak risau sangat sebab sekali dengan daycare so pagi hantar petang balik kerja pick up dia. Tapi bila dah bersekolah rendah, agak merisaukan.

Pernah berulang masa lunch, minta lunch hour awal dengan bos.. 11.30am kau.. Keluar ambil dia dari sekolah agama then bersiap dalam kereta termasuk makan dan masuk sekolah rendah pukul 1.00pm. Lepas tu saya pecut balik ke pejabat yang perjalanannya ambil masa 30 minit. Itu tak termasuk jem kadang-kadang.

Bila pening fikir pasal duit dan dah mula timbul rasa nak berhenti mulalah mengGOOGLE apa kerja yang boleh di buat as part time dulu. Cari punya cari terpandang idea mobile spa.

Memang jauh beza dengan apa yang tengah saya buat dan belajar dulu. Dari lepas SPM, bermulalah epusod bekerja dengan farmasi, bersambung dengan syarikat abang kontraktor, lepas tu meneruskan karier di medical center. 3 buah medical center yang berbeza. Lepas tu akhir sekali end up balik dengan farmasi. Cuma yang bezanya chain farmasi.

Tapi rasa ingin mencuba yang amat sangat terus wasap nombor yang di berikan. Lepas di explain pakej yang di ambil saya terus bersetuju nak join. Tapi lagi sekali sangkut sebab modal. Dan orang yang saya hubungi ialah Arwah Amai. Bagitahu dia apa plan, dia setuju dan bagi saya modal untuk memulakan karier baru ni. (AL FATIHAH BUAT AMAI, miss her sooo much).

Terus hubungi balik Sya dan terus transfer jumlah yang di perlukan. Kemudian tunggu barang sampai. Sekali dari Shaklee. Macam, eh kenapa Shaklee yang hantar barang. Lepas tu baru tahu yang spa ni ada kaitan dengan Shaklee. Dulu saya takut juga sebenarnya dengan MLM ni. Now dah terlibat sekali.

Lepas dapat barang cari trainer kat JB. Done training lepas tu teruskan task yang diberikan. Alhamdulillah..selesai task terus cari customer.

Dapat merasa income 4 penjuru. Tapi masa tu tak aktif sangat sebab buat as part time dan sambil-sambil je.

2017 lepas anak dah mula bersekolah rendah, rasa tak secure dengan keadaan dia pergi balik sekolah tekad nak berhenti. Yakin rezeki pasti ada. May 2017 saya resign dari chain farmasi. Dan bermulalah episod Working At Home Mother. Tekad masa tu nak cari income lebih, nak hidup selesa, nak bagi yang terbaik untuk sweetheart dan nak bagi yang terbaik untuk Amai.

Dan pada bulan Ogos 2017 saya berpindah balik ke Selangor selepas Arwah Amai pergi buat selama-lamanya. Tak sempat nak bagi Amai rasa apa yang saya planning untuk Amai. Memang down sangat-sangat. Tapi dengan Mommy Sya, founder yang rapat dengan semua ahli serta supporting group yang sangat-sangat membantu, saya naik balik.

Walau tak sempat bahagiakan Amai di dunia, saya mampu berikan yang terbaik untuk Amai di sana. Tempat yang kekal abadi. Dan saya nak anak saya merasakan yang terbaik dan belajar memberi juga. Saya nak kehidupan yang financialy freedom dan time freedom.

Untuk kecapi apa yang saya nak saya kena bangkit. Kena keluar dari zon selesa. Saya kena buktikan pada mereka-mereka yang pernah pandang rendah pada usaha saya sekarang. Dulu ada Amai yang backup, sekarang I am stand alone and need to prove to them.

Saya sayang sangat dengan team TWB ni. Bersyukur dengan Allah kerana temukan part time job yang menarik dan sekrang menjadi fulltime job pula.

I can see my future with TWB..

Saya ada proven result depan saya. Suri rumah mampu punyai income 4 hingga 5 angka. Mampu beli rumah atas nama sendiri. Mampu bercuti ke luar negara tanpa membebankan suami. Mampu belanja tanpa perlu risau mengenai kewangan. Mampu bersedekah tanpa berkira.

Jika mereka boleh, saya PASTI boleh dan korang juga boleh mengecapi semua ini.

Daaaaa... panjang lebar pula kalini. Cukup-cukup sudah, sampai di sini saja..

Nantikan next entry pula ye. Salam sayang buat korang yang sudi membaca.  Muaaaaaahhhhh.



Hajira
Certified Beautician & Beauty Trainer of TWB
Owner of D'Haja Beauty Spa
Natural Home Spa | Mobile Spa
+6016 - 969 5925
hajiramohamedsali@gmail.com
FB : HAJIRA MOHAMED SALI
IG : HAJIRA MOHAMED SALI


8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Akak memang tabah. Saya doakan rezeki akak melimpah ruah dalam TWB 😉 btw, arwah amai tu ibu akak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...terima kasih..Arwah Amai tu mak angkat yang jaga saya dari baby lagi..

      Delete
  3. Nice sharing k.jira... Alfatihag buat amai

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. syasya1 April 2018 at 01:45
    Banyak pahala Amai.. Al-Fatihah.. Semoga Allah S.W.T. murah, lapang & luaskan lagi rezeki akak di dalam SPA Shaklee TWB!! I can feel one fine day U'll achieve all ur dreams! U'll be a Great Leader to ur own team! All the best & good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Aamiin Ya Rabbalalamiin..

      Tq Mommy...semoga kita terus menuju kejayaan... 💪💪💪💪

      Delete

KENAPA JOIN SPA TWB BEST?

Assalamualaikum wbt... Selamat pagi semua... Target kami di TWB adalah untuk empowering women dengan bisnes mobile spa cara TWB. Mo...